Beratus-ratus ribu penganut Hindu berkumpul di sebuah kuil di selatan Nepal pada hari Selasa untuk majlis yang melibatkan penyembelihan lebih 200,000 haiwan, satu perayaan yang telah membuatkan kemarahan penunjuk perasaan bagi pencinta haiwan. Seorang menteri Nepal berkata ia adalah penyembelihan korban terbesar haiwan di dunia.
Kumpulan hak asasi haiwan dan aktivis termasuk pelakon Brigitte Bardot mengecam acara tersebut, yang berlaku setiap lima tahun di kampung Nepal Bariyarpur, Sky News melaporkan. Tetapi kerajaan Nepal berkata ia akan meneruskan "tradisi berabad-abad lamanya" dan akan menggunakan polis bersenjata untuk menjaga keamanan, Sky News melaporkan. Protes telah berlaku di bandar-bandar berhampiran kuil Gadhimai dan di Katmandu modal oleh aktivis hak asasi haiwan dan kumpulan-kumpulan agama lain. Walau bagaimanapun, penganjur Hindu enggan menghentikan penyembelihan berkata ia adalah satu tradisi yang berabad-abad lamanya.
"Orang-orang beriman yang mendalam dalam dewi dan mereka percaya bahawa mengorbankan haiwan akan membawa mereka nasib baik dan kemakmuran kepada keluarga mereka," kata Mangal Chaudhary Tharu, seorang imam di kuil Gadhimai, menurut Sky News.
Tetapi kerajaan Nepal berkata ia akan meneruskan "tradisi berabad-abad lamanya" dan akan menggunakan polis bersenjata untuk menjaga keamanan, Sky News melaporkan. Protes telah berlaku di bandar-bandar berhampiran kuil Gadhimai dan di Katmandu modal oleh aktivis hak asasi haiwan dan kumpulan-kumpulan agama lain. Walau bagaimanapun, penganjur Hindu enggan menghentikan penyembelihan berkata ia adalah satu tradisi yang berabad-abad lamanya. "Orang-orang beriman yang mendalam dalam dewi dan mereka percaya bahawa mengorbankan haiwan akan membawa mereka nasib baik dan kemakmuran kepada keluarga mereka," kata Mangal Chaudhary Tharu, seorang imam di kuil Gadhimai, menurut Sky News.
Melihat cara haiwan itu 'dibunuh' melalui gambar-gambar yang dipaparkan, ianya bukan PENYEMBELIHAN! Melainkan pem
Berdasarkan agama islam, Hikmah Allah S.W.T. menciptakan haiwan ialah: a) Sebagai satu syarat bagi manusia menyempurnakan ibadat kepada Allah S.W.T. b) Sebagai pelengkap dalam menyempurnakan ibadat korban dan akidah. c) Sebagai sumber makanan manusia. d) Sebagai kenderaan untuk pelbagai tujuan dan juga berjihad di jalan Allah. e) Sebagai lambang mukjizat para Nabi dan Rasull. f) Sebagai sumber rezeki. g) Lambang sebagai melahirkan kasih sayang. h) Haiwan sebagai kenderaan yang indah dipandang. i) Untuk menghangatkan badan. j) Kulit haiwan boleh dijadikan khemah/tempat tinggal. k) Tenaga haiwan sebagai alat pengangkutan. l) Sebagai penawar segala jenis penyakit.
Dan Allah s.w.t telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah s.w.t menciptakan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. An Nûr, 24: 45) Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untukmu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai manfaat, dan sebagiannya engkau makan. (QS. An Nahl, 16: 5) Dan Kami telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan (kami menciptakan pula) makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezki kepadanya.(Qs.Al Hijr:20)
Manusia sebagai mahkluk yang pandai dan memounyai berkuasa untuk mengatur semua sumber yang disediakan oleh tuhan. Sebagai manusia, kita haruslah menggunakan semua sumber secara cekap tanpa membaziran, dan menghormati setiap mahluk yang mempunyai nyama. Jangalah mengambil nyawa mereka secara sesuka hati. Sila fikir terhadap nyawa sebelum membunuh mereka. Sila menghormati hak mereka walaupun mereka hanya haiwan. bunuhan kejam!!! Paling sadis ialah ... dah la dibunuh kejam, pastu dibiarkan busuk macam itu sahaja.
“Historical fact: People stopped being people in 1913. That was the year Henry Ford put his cars on rollers and made his workers adopt the speed of the assembly line. At first, workers rebelled. They quit in droves, unable to accustom their bodies to the new pace of the age. Since then, however, the adaptation has been passed down: we've all inherited it to some degree, so that we plug right into joy-sticks and remotes, to repetitive motions of a hundred kinds.”
Keprihatinan beliau untuk melindungi hak-hak dan kebajikan pekerja di Malaysia terbukti dalam persidangan Dewan Rakyat pada 5 Disember 1988. Tan Sri berani memberikan pandangan kritis terhadap beberapa pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang mana pada pertimbangan beliau beberapa pindaan yang disarankan tidak menyumbang kepada keharmonian industri, sebaliknya mengabaikan hak-hak dan kebajikan para pekerja. Antara isu yang telah beliau debatkan adalah berkaitan pemanjangan tempoh masa tuntutan pengiktirafan semula kesatuan sekerja dari tiga ke enam bulan. Sekiranya pindaan ini diluluskan, ia sudah pasti melemahkan semangat wakil kesatuan sekerja yang sudah siap siaga berjuang menjaga kebajikan pekerja; pada masa yang sama ia memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk mengeksploitasi pekerja.
Kedua, beliau juga menentang pindaan yang menafikan hak pekerja untuk mendapatkan representasi luar dalam prosiding konsiliasi bagi kes pemberhentian pekerja; dan akhir sekali, menyentuh aspek penambahan kuasa Menteri Buruh dalam menentukan pengkategorian industri utama dalam sektor ekonomi. Keprihatinan beliau terhadap kebajikan pekerja tidak terbatas kepada pekerja tempatan sahaja. Memetik kata-kata beliau lewat akhbar bersabit bufuh asing;
" ... sebagai seorang bekas pemimpin kesatuan sekerja, saya bimbang dengan isu eksploitasi pekerja asing dan memang tidak bersetuju dengan apa-apa jenis eksploitasi terhadap buruh asing di Malaysia ... " (Utusan Malaysia, 24 Mei 2012).
Kenyataan ini jelas menunjukkan betapa beliau melihat perlindungan hak dan keadilan terpakai kepada semua pekerja di Malaysia tanpa mengira negara asal. YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee Lam Thye 7 Prinsip kesamarataan perlindungan antara pekerja tempatan dan pekerja asing ini jelas terpancar melalui pelaksanaan polisi gaji minimum di Malaysia. Berdasarkan Kajian National Employment Return yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia berkaitan upah pada tahun 2009, didapati 33.8 % pekerja (N=1.3 juta) menerima pendapatan bulanan kurang daripada RM700.00; yakni masih di bawah Aras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Malaysia iaitu RM720.00 (Semenanjung Malaysia). Kajian tersebut turut menampakkan senario yang lebih kritikal apabila data menunjukkan bahawa daripada 157,301 responden dari negeri Sabah, 63% daripada mereka menerima pendapatan di bawah RM700.00 sebulan. Namun demikian, peratusan tersebut sepatutnya lebih tinggi memandangkan PGK bagi negeri Sabah adalah RM960.00.
Justeru, beliau juga amat memahami peri pentingnya diwujudkan polisi gaji minimum di negara ini. la bertujuan memastikan bahawa keperluan asas pekerja dan keluarga mereka dipenuhi, sekali gus memberikan perlindungan sosial kepada mereka. Sebagai contoh, beliau telah menyeru agar kondisi kehidupan polis diperbaiki dengan menyediakan peruntukan bagi penyelenggaraan kuarters polis. Hakikatnya, pelaksanaan polisi gaji minimum ini selari dengan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Sekiranya tiada sebarang inisiatif diambil bagi memperbaiki pendapatan golongar-i miskin bekerja (working poor), sudah pasti impian negara berpendapatan tinggi hanya sekadar mimpi yang mustahil menjadi realiti.
Pengenalan dasar gaji minimum akan dilaksanakan secara objektif bagi meningkatkan pendapatan golongan pekerja miskin dan membantu mereka untuk meningkatkan kualiti hidup ke arah yang lebih baik untuk pekerja dan keluarga mereka secara keseluruhan. Sebenarnya, satu struktur penetapan gaji minimum adalah perlu untuk memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga mereka dipenuhi, serta untuk memberi perlindungan sosial kepada pekerja-pekerja. la seterusnya juga akan membantu menggalakkan industri untuk bergerak ke atas rangkaian 8 Pen.,ima IjazoA Kehormat Doktor Fabafah nilai yang positif dengan melabur dalam teknologi tinggi dan hal ini bakal meningkatkan produktiviti buruh. Dengan pengenalan gaji minimum ini, masa depan pekerja Malaysia menjadi lebih terjamin, produktif dan membantu menyumbang kepada ekonomi negara. Di samping itu juga, pihak kerajaan perlu mengambil langkah aktif untuk memantau harga barangan dan komoditi kerana sentiasa terdapat kecenderungan peningkatan harga yang tidak munasabah berikutan sebarang kenaikan gaji.
Mengenai isu tenaga kerja dan buruh asing yang merupakan salah satu isu yang sentiasa dibincangkan dengan hangat, Tan Sri datuk Seri Panglima Lee Lam Thye berpendapat Malaysia masih memerlukan pekerja asing untuk pembangunan ekonominya, isu pekerja asing mendapat liputan media dengan meluas.Namun, beliau bimbang dengan isu eksploitasi pekerja asing dan memang tidak bersetuju dengan apa-apa jenis eksploitasi terhadap buruh asing di Malaysia. Kenyataan bahawa pembantu rumah Indonesia tidak selamat apabila mereka berada di Malaysia dan dijadikan objek eksploitasi, penderaan fizikal dan keganasan adalah berat sebelah, keterlaluan dan boleh memburukkan imej Malaysia di mata negara luar. Hakikatnya, bukan semua pembantu rumah Indonesia di negara ini diberikan layanan yang begitu teruk seperti yang ditohmahkan. Beliau turut tidak menafikan bahawa ada pihak majikan yang mengeksploitasikan dan menihdas pembantu rumah tetapi ini merupakan kes bilangan kecil berbanding dengan ribuan pihak majikan yang mengambil amah Indonesia bekerja dengan mereka. Bagi mereka yang terlibat, tindakan undang-undang telah pun diambil untuk mendakwa mereka dan bagi mereka yang didapati bersalah, hukuman telah dikenakan ke atas majikan berkenaan. Rata-rata suri rumah Malaysia pernah menyatakan pembantu warga Indonesia di Malaysia diberikan layanan terbaik, malah dianggap sebagai ahli keluarga majikan sendiri.
Mengenai pembelaan undang-undang untuk pekerja asing di negara kita, Malaysia sudah mempunyai Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang mampu menangani masalah migran di negara ini. Sekiranya undang-undang lain diperlukan untuk melindungi pekerja asing, ia boleh dikaji dan dibincangkan secara rasional. Untuk memburuk-burukkan Malaysia di luar negara dengan memberi gambaran yang tidak tepat bukanlah cara dan budaya Malaysia dalam menangani sesuatu masalah di negara ini.
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA: SUATU PENGKOSIAN TANGGUNGJAWAB
# SILA MENGUTAMAKAN KESELAMATAN PEKERJA SUPAYA SETIAP PEKERJA BOLEH BEBAS DARIPADA BAHAYA
# SETIAP PEKERJA BERHAK MENDAPAT KESELAMATAN DAN MEMPUNYAI HAK YANG SAMA RATA TANPA MENGIRA KAUM, AGAMA DAN BUDAYA.
Sejak awal tahun 90-an lagi, sudah terpapar keprihatinan Tan Sri Datuk Seri Panglima lee lam Thye dalam aspek kebajikan pekerja, khususnya dari sudut keselamatan dan kesihatan pekerja. Beliau menekankan kepentingan pewujudan perundangan khusus untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja memandangkan kebanyakan kemalangan berlaku adalah disebabkan pengetahuan yang terhad terhadap aspek ini. Perhatiannya terhadap isu keselamatan dan kesihatan sehingga tertubuhnya Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Nasional (IKKPN) pada tahun 1992, turut menjadi pemangkin kepada pewartaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Falsafah yang mendasari akta ini adalah elemen konsep pengaturan sendiri yakni setiap pihak sama ada yang mencipta risiko dan bekerja dengan risiko di tempat kerja adalah bersama-sama bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
PEKERJA DIBERHENTIAN BOLEH SAMAN MAJIKAN
Fakta kes 1 (6 Februari 20XX) - SEORANG pengarah projek yang dibuang kerja tiga tahun lalu, mendapat gaji tertunggak dan pampasan berjumlah RM350,xxx.xx selepas Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur mendapati pembuangannya adalah tanpa sebab munasabah. Pengerusi Mahkamah Perusahaan, yang membuat keputusan itu memerintahkan Syarikat XYZ Sdn Bhd membayar gaji tertunggak sebanyak RM2xx,xxx; pembayaran balik wang tunai RM1x,xxx dan pampasan RM4x,000 kepada Si Polan Bin Si Polan. Beliau yang dibuang kerja kira-kira 5 tahun lalu mendakwa pembuangannya itu tanpa sebab munasabah dan berniat jahat.
Fakta kes 2 (21 April 20XX) - MAHKAMAH Perusahaan memerintahkan Syarikat ABC membayar gaji tertunggak dan pampasan sebanyak RM45,xxx kepada dua pekerjanya yang dibuang tanpa sebab munasabah, empat tahun lalu. Pengerusi Mahkamah Perusahaan, memerintahkan syarikat berkenaan membayar gaji tertunggak RM2x,000 dan pampasan RM4,xxx kepada pemandu tangki, En S, yang dibuang kerja pada 19 Disember 199x. Mahkamah turut memerintahkan syarikat membayar gaji tertunggak RM19,xxx kepada operator Puan K. Selain itu, syarikat itu diperintahkan mengambil semula Puan K bekerja sebagai operator tanpa kehilangan kekananan dan faedah lain berkuat kuasa pada 15 Mei 200x.
Saya sengaja memberikan dua fakta kes di atas kerana sejak sebulan yang lalu, saya sibuk mengkaji beberapa kes yang membabitkan Mahkamah Perusahaan (Industrial Court). Seorang klien telah menghubungi saya baru-baru ini, menangis di hujung corong telefon kerana mendakwa majikannya telah bertindak zalim dan memberhentikannya kerja.
Oleh kerana saya tidak mahu menghampakan Rosman (bukan nama sebenar) yang kini risau akan tanggungannya seramai 6 orang, saya cuba meneliti beberapa kes terdahulu untuk dijadikan panduan dan rujukan.
Di sepanjang kajian saya itu, beberapa fakta menarik telah saya temui menjadikan kes seumpama ini semakin mencabar minda dan teori amalan guaman saya. Dan oleh kerana kes seumpama ini mungkin berlaku kepada sesiapa saja diluar sana, saya terfikir untuk berkongsi perkara ini dengan pengikut setia ruangan ini.
Satu perkara yang saya boleh pasti di sini ialah, Mahkamah Perusahaan ialah mahkamah yang paling tidak digemari oleh pihak majikan kerana di sinilah para pekerja mereka yang tidak berpuas hati, terutama apabila diberhentikan dengan cara yang salah, mengadu nasib dan seterusnya mendapat pampasan serta gantirugi.
Sepanjang sepuluh tahun yang lepas, memang banyak kes pertikaian di antara majikan dengan pekerja telah dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Peningkatan kes ini sebenarnya harus dilihat secara positif kerana telah wujud kesedaran di kalangan pekerja mengenai hak mereka di sisi undang-undang.
Seorang penulis Amerika, Donald H Sweet dalam bukunya, A Manager's Guide to Conducting Terminations (Lexington Books, Mass, 1989), berkata penamatan kerja boleh menjejaskan syarikat dan pengurusannya. Ini katanya, kerana tindakan itu boleh memalu dan memberi trauma, jika pekerja terbabit memberi reaksi yang emosional dan ganas.
Malah, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri, pekerja akan membenci syarikat dan kesannya pekerja itu akan menyebarkan cerita buruk di kalangan rakan sekerjanya dan memberikan gambaran buruk mengenai syarikat, selepas meninggalkan pertubuhan terbabit.
Konflik yang berterusan antara majikan dan pekerja akan turut memungkinkan pekerja itu berasa tidak puas hati seterusnya melakukan perbuatan khianat terhadap syarikat.
Selain itu, tekanan akibat kehilangan pekerjaan, kedudukan kewangan yang tidak menentu dan pelbagai masalah lain boleh menyebabkan mangsa jatuh sakit. Lebih dahsyat lagi, ada kes pekerja membunuh diri selepas diberhentikan kerja dan meninggalkan kesan mendalam kepada pengurus yang mengusulkan tindakan sedemikian.
Dari sudut lain, pekerja itu akan `menghantui' syarikat, seperti merayu diterima semula untuk bekerja. Malah, pada satu peringkat nanti, dia akan mengemukakan dakwaan diberhentikan secara tidak sah dan kes itu akan berlarutan bertahun-tahun sebelum diselesaikan mahkamah. Berdasarkan kes yang dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan sebelum ini, ada tiga sebab utama majikan didapati sering kalah dalam perbicaraan di mahkamah yang menyebabkannya diarahkan mengambil semula pekerja itu atau diarah membayar kadar pampasan.
Pengarang buku Terminating The Services of The Employee - Minimizing the Pain and The Strain (edisi Kedua), Maimunah Aminuddin, berkata sebab berkenaan adalah:
· Kekurangan bukti mengenai kesalahan pekerja,
· Kegagalan mengikut prosedur betul sebelum memecat pekerja, dan
· Tidak memahami hak pekerja.
Ramai majikan gagal menyediakan bukti mencukupi untuk mengukuhkan kes mereka terhadap seseorang pekerja di Mahkamah Perusahaan. Ini berpunca daripada pelbagai faktor iaitu kegagalan mengemukakan rekod mengenai kesalahan pekerja berkenaan kerana sememangnya tidak direkodkan. Contohnya, dalam soal kemerosotan pencapaian kerja, sebarang nota mengenai kaunseling yang diberikan dan surat amaran yang dikeluarkan majikan mesti direkod dan difailkan.
Tidak ada gunanya majikan hanya mengeluarkan amaran kepada pekerja tanpa disertakan bukti pernah berbuat demikian dalam bentuk tulisan kerana iaboleh dinafikan oleh pekerja itu. Tanpa bukti bertulis, kes yang dikemukakan oleh majikan amat lemah. Jika ada sistem penilaian pencapaian kerja secara rasmi yang dibuat oleh pertubuhan itu (ia perlu apabila pekerja hampir tamat tempoh percubaan), borang penilaian terkini perlu disimpan untuk rujukan pada masa depan.
Ketiadaan dokumen sebegini akan `memusnahkan' kes yang dikemukakan majikan terhadap pekerjanya. Kebanyakan kes yang difailkan akan mengambil masa sehingga dua tahun untuk tiba di Mahkamah Perusahaan. Dalam tempoh panjang ini, saksi bagi pihak syarikat akan mendapati ingatan mereka terhadap sesuatu kes yang menyebabkan penamatan kerja berkurangan. Keadaan ini menyebabkan kenyataan daripada saksi berhubung sesuatu kes gagal meyakinkan mahkamah.
Ada kalanya saksi tidak lagi bekerja di pertubuhan itu dan mungkin tidak mahu lagi bercakap mewakili syarikat. Peluang majikan untuk menang dalam kes di Mahkamah Perusahaan lebih cerah jika mengikut nasihat diberikan serta mendapatkan bantuan pakar undang-undang sebelum mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja.
Usahalah sehabis baik untuk mengelakkan sesuatu trauma, tidak berlaku adil dan pemberhentian pekerja secara tidak sah. Saya ingin menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil pekerja apabila mendapati mereka dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan tanpa sebab yang munasabah.
Pertama, failkan terus kes ke Jabatan Perhubungan Perusahaan. Anda boleh memfailkan kes untuk mendapatkan semula pekerjaan mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Seksyen 20(1) di Jabatan Perhubungan Perusahaan dalam masa 60 hari dari tarikh mereka dikenakan tindakan. Perlu diingatkan supaya membuat aduan tidak lebih 60 hari (dua bulan) dari tarikh dikenakan tindakan, jika tidak kes anda tidak akan dilayan.
Memahami hak pekerja bukan menjadi masalah besar jika seseorang majikan berusaha mendapatkan maklumat mengenainya dan mengetahui mereka sebenarnya tidak mempunyai hak untuk membuang pekerja sesuka hati. Di pihak pekerja pula, jangan teragak-agak untuk merujuk kepada mana-mana peguam jika anda berasa teraniaya dan diberhentikan secara zalim oleh majikan. Ingatlah, undang-undang sedia ada cukup adil untuk semua dan kita berhak menikmatinya.
Pada pandangan saya, setiap pekerja mempunyai hak yang sama rata tanpa mengira warna kulit, kaum, agama dan sebagaian. Hak kepada sesiapa tidak boleh dirampas oleh seseorang tanpa sebarang alasan. Setiap hak pekerja perlu dijaga dan dilindungi supaya kebajikan setiap pekerja boleh diseimbangan. Apabila hak kepada seseorang pekerja dilindungi, maka seseorang pekerja akan bersikap setia kepada sesebuah syarikat dan akan berusaha untuk menyumbang tenaganya kepada syarikat.
Hak terhadap harta atau lebih dikenali sebagai "rights to property" bermaksud kuasa yang ada pada individu terhadap sesebuah harta. Secara umumnya, ia merupakan satu hak asasi manusia yang mempunyai pelbbagai spekulasi dan permasalahaan yang timbul.
Di Malaysia, undang-undang tertinggi yang menjadi sumber rujukan utama adalah Perlembagaan Persekutuan. Menurut Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan, ia menyatakan bahawa ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan
Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu. Hal ini membuktikan bahawa ia menjadi sumber rujukan unggul kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, perlembagaan ini mempunyai 15 Bahagian dan 183 Perkara yang lengkap berkaitan pentadbiran, pemerintahan dan peruntukan-peruntukan lengkap untuk negara. Tambahan lagi, ak ini diiktiraf dalam Perkara 17 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat namun ia tidak diiktiraf dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik dan juga Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Ssosial dan Kebudayaan.
THE RIGHTS OF PERSON AND THE TIGHTS OF PROPERTY, ARE THE OBJECTS, FOR THE PROTECTION OF WHICH GOVERNMENT WAS INSTITUTED
Menurut Perlembagaan Malaysia
Hak Terhadap Harta boleh dirujuk pada Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Terdapat 2 subseksyen dibawah Perkara 13 Perlembagaan ini iaitu Perkara 13(1) dan Perkara 13(2). Perkara 13(1) menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang manakala Perkara 13(2) pula menyatakan dengan jelas iaitu tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai. Hak ini terletak di bawah Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan.
Terdapat banyak initipati dan tafsiran terhadap hak ini. Peruntukan dibawah Perkara 13 ini banyak membantu dan menjadi sumber rujukan kepada individu yang menghadapi sebarang masalah berkaitan harta. Di Malaysia, secara amnya, terbahagi kepada 2 bahagian iaitu dari sudut sivil dan juga syariah. Harta yang terkandung dibawah undang-undang syariah adalah seperti harta pusaka, wakaf dan sebagainya. Bukan itu sahaja, dari sudut Islam, terdapat peruntukan dan prosedur tersendiri untuk dilaksanakan dan dilalui untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku berkaitan harta ini.
Dari sudut pandangan sivil, satu interpretasi dan tafsiran [1] di mana dengan lebih jelas lagi menerangkan berkaitan permasalahan yang timbul serta penggunaan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini amatlah penting dan dikaitkan dengan kebebasan asasi.
Fasal 1: Tiada seorang pon boleh dilucutkan hartanya kecuali undang-undang
Apa yang dapat ditafsirkan melalui peruntukan di atas ialah harta seseorang boleh dilucutkan hak miliknya melalui sesuatu undang-undang yang ada pada masa itu.
Fasal 2: Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memandai. Hal ini membawa maksud bahawa harta seseorang itu boleh diambil dengan pampasan yang memandai.
”
Kesimpulannya, peruntukan ini dengan jelas menunjukkan bahawa harta seseorang boleh diambil atas dasar undang-undang dan melalui bayaran pampasan. Apa yang jelas di sini ialah tiada kebebasan harta mutlak yang diberikan kepada seseorang itu kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri meletakkan pengecualian kepada kebebasan hak terhadap harta individu.
Justeru, tidak hairanlah begitu banyak Akta yang diwujudkan sesuai dengan Perkara 13 antaranya ialah Akta Pengambilan Tanah 1960 yang jelas membenarkan pengambilan tanah individu dengan alasan untuk pembangunan ekonomi oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Berdasarkan Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960 menyatakan bahawa tanah boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) jika ia dikehendaki untuk tiga tujuan:
(a) untuk sesuatu kemudahan awam;
(b) oleh mana-mana orang atau badan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat PBN adalah berfaedah untuk pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang ramai amnya atau mana-mana kelas orang ramai; atau
(c) untuk tujuan perlombongan atau kediaman, pertanian, perdagangan, industri atau tujuan rekreasi ataupun kombinasi daripada tujuan-tujuan tersebut.
Asalnya seksyen 3(b) APT menyatakan bahawa PBN mempunyai kuasa untuk mengambil tanah seseorang dengan tujuan untuk menjalankan kerja yang pada pendapat PBN untuk kemudahan awam, pembangunan ekonomi, perlombongan atau kediaman, pertanian,perdagangan, industri atau rekreasi. Kemudahan dalam konteks ini membawa maksud seperti sekolah, masjid, hospital dan sebagainya.
Untuk pemahaman yang lebih jelas dapat dilihat berdasarkan kes Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) v Pentadbir Tanah Daerah Seremban & Anor di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:
Adalah jelas bahawa PBN boleh mengambil tanah bagi dirinya sendiri untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di bawah seksyen 3(a) dan (c) dan boleh mengambil tanah bagi pihak yang lain di bawah seksyen 3(b). Sebelum pindaan dibuat dalam tahun 1991, PBN hanya boleh mengambil tanah untuk seseorang atau sesebuah perbadanan yang menjalankan suatu kerja yang dalam pendapat mereka adalah untuk kemudahan awam di bawah seksyen 3 (b). Walau bagaimanapun, dari 13 September 1991, PBN boleh mengambil tanah untuk seseorang atau sesebuah perbadanan bagi apa-apa tujuan yang dalam pendapat mereka adalah bermanfaat terhadap pembangunan ekonomi Malaysia atau apa-apa bahagian daripadanya atau kepada orang awam secara am, ataupun apa-apa kelas orang awam.
Melalui kes ini jelaslah bahawa tiada istilah penguasaan mutlak kepada individu terhadap tanah mereka kerana hak mereka boleh diambil dalam erti kata pembangunan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Perkara ini dengan jelas menidakkan hak terhadap harta individu.
Sumber: Wikipedia Hak terhadap harta
Perselisihan keluarga punca rumah di kawasan tapak tanah pusaka diruntuh.
KEADAAN belakang rumah yang dirobohkan di Kampung Selinsing, Pasir Puteh, pagi kelmarin
PASIR PUTEH: Konflik keluarga menyebabkan seorang lelaki mengambil tindakan merobohkan sebahagian rumah adik perempuannya menggunakan jengkaut bagi mengosongkan kawasan terbabit kerana dibina dalam lot tanah miliknya di Kampung Selinsing, dekat sini, pagi kelmarin.Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, menyebabkan suri rumah berusia 40-an bersama lima daripada enam anaknya yang sedang tidur, hanya mampu menangis ketakutan melihat bahagian belakang rumah yang didiami keluarga mereka sejak 20 tahun itu dirobohkan secara tiba-tiba.
Ketika kejadian, suami mangsa yang bertugas di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mempunyai urusan kerja di Sabah, manakala seorang anak lagi tiada di rumah. Usaha lelaki terbabit tinggal berjiran dengan adiknya itu, meroboh bahagian rumah berkenaan dibantu kira-kira 20 rakan yang mengawal keadaan, menyebabkan penduduk kampung yang bersimpati dengan keluarga mangsa, hanya mampu memerhati dari jauh. Mangsa yang enggan namanya dikenali berkata, kejadian berlaku ketika beliau menyediakan sarapan, manakala lima anaknya berusia antara empat hingga 15 tahun sedang tidur. “Secara tiba-tiba, pemandu jengkaut sambil diawasi beberapa lelaki bertindak merobohkan sebahagian rumah saya yang terletak atas lot milik abang sehingga saya takut keadaan keselamatan diri dan anak.
“Saya bergegas mengejutkan semua anak keluar menyelamatkan diri kerana bimbang rumah roboh akibat tindakan itu dan kami hanya mampu menangis ketakutan,” katanya ketika ditemui media, semalam. Kejadian itu menyebabkan keluarga berkenaan kini terpaksa tinggal menumpang di rumah ibu saudara mereka di kampung terbabit. Suri rumah itu berkata, beliau dan suaminya sudah menjangka rumah mereka akan dirobohkan kerana kedudukan sebahagian binaannya terletak atas lot milik abangnya tetapi tidak menyangka tindakan itu dilakukan kelmarin. “Saya terkejut kerana tindakan abang dilakukan ketika suami tiada di rumah, malah kami sedih dengan dugaan yang terpaksa ditempuh menjelang Ramadan,” katanya. Suri rumah itu berkata, walaupun sebahagian rumahnya dibina atas kawasan lot tanah milik abangnya, tetapi perjanjian lisan sebelum ini tidak menimbulkan masalah. Katanya, kawasan tapak rumah itu asalnya tanah pusaka milik arwah ibu bapa mereka dan rumah didiaminya dibina ketika bapanya masih hidup. Beliau berkata, disebabkan perselisihan keluarga, abangnya bertindak membawa isu lot tapak rumah itu ke mahkamah dan keputusan berpihak kepada abangnya. “Kami sudah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tetapi abang mendakwa mempunyai notis supaya tanah miliknya dikosongkan. “Saya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh. Sebenarnya, tanah ini terbahagi dua iaitu bahagian depan milik saya dan bahagian dapur pula milik abang seperti diputuskan mahkamah dan saya kini berserah kepada Allah,” katanya.
Berita di atas telah melanggar hak kebebasan memiliki harta. Dalam berita ini, kita boleh mendapati bahawa abang mangsa merupakan seorang yang tamak terhadap harta dan ingin merebut harta daripada adiknya sehingga sanggup merobohkan rumah adiknya untuk merebut harta. Abang mangsa mengambil tindakan merobohkan sebahgaian rumah adik perempuan dengan menggunakan jenkaut bagi mengosongkan kawasan tersebut.
Kata mangsa, kawasan tapak rumah itu asalnya tanah pusaka milik arwah ibu bapa mereka dan rumah didiaminya dibina ketika bapanya masih hidup. Mangsa juga berkata, disebabkan perselisihan keluarga, abangnya bertindak membawa isu lot tapak rumah itu ke mahkamah dan keputusan berpihak kepada abangnya.“Kami sudah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tetapi abang mendakwa mempunyai notis supaya tanah miliknya dikosongkan. Disebabkan pertelingkahan dan perselisihan keluarga, abangnya bertindak secara tegas untuk merobohkan rumahnya untuk mendapat apa yang dia mahu.
Dalam ini, kita mendapati bahawa abang mangsa telah melanggar hak kebebasan harta kerana setiap orang awam mempunyai hak untuk memperolehi harta secara damai tanpa sebarang kekerasan. Sekiranya berlaku sebarang perebutan terhadap harta antara ahli keluarga, haruslah membawa kes tersebut kepada mahkamah untuk mendapatkan keadilan pembahagian harta. Tidak seharusnya menggunakan tindakan sendiri dalam pembahagian harta. Sebarang kes yang berkaitan pembahagian harta harus dibawa kepada mahkamah, supaya hak kebebasan memperolehi harta oleh setiap orang awam dapat dilindungi tanpa berat sebelah, di samping setiap orang awam boleh memperolehi harta mereka secara adil
Kesimpulannya, setiap lapisan masyarakat mempunyai hak yang sama iaitu hak kebebasan memperolehi harta. Harta seseorang tidak boleh direbut dan dirampas oleh sesiapa kecuali sekiranya seseorang itu melanggar undang-undang, makanya hartanya akan dirampas oleh pihak kerajaan.