2017年1月11日星期三

HAK TERHADAP HARTA


Hak terhadap harta atau lebih dikenali sebagai "rights to property" bermaksud kuasa yang ada pada individu terhadap sesebuah harta. Secara umumnya, ia merupakan satu hak asasi manusia yang mempunyai pelbbagai spekulasi dan permasalahaan yang timbul.
Di Malaysia, undang-undang tertinggi yang menjadi sumber rujukan utama adalah Perlembagaan Persekutuan. Menurut Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan, ia menyatakan bahawa ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan
Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu. Hal ini membuktikan bahawa ia menjadi sumber rujukan unggul kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, perlembagaan ini mempunyai 15 Bahagian dan 183 Perkara yang lengkap berkaitan pentadbiran, pemerintahan dan peruntukan-peruntukan lengkap untuk negara. Tambahan lagi, ak ini diiktiraf dalam Perkara 17 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat namun ia tidak diiktiraf dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik dan juga Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Ssosial dan Kebudayaan.


THE RIGHTS OF PERSON AND THE TIGHTS OF PROPERTY, ARE THE OBJECTS, FOR THE PROTECTION OF WHICH GOVERNMENT WAS INSTITUTED

Menurut Perlembagaan Malaysia



Hak Terhadap Harta boleh dirujuk pada Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Terdapat 2 subseksyen dibawah Perkara 13 Perlembagaan ini iaitu Perkara 13(1) dan Perkara 13(2). Perkara 13(1) menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang manakala Perkara 13(2) pula menyatakan dengan jelas iaitu tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai. Hak ini terletak di bawah Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan.
Terdapat banyak initipati dan tafsiran terhadap hak ini. Peruntukan dibawah Perkara 13 ini banyak membantu dan menjadi sumber rujukan kepada individu yang menghadapi sebarang masalah berkaitan harta. Di Malaysia, secara amnya, terbahagi kepada 2 bahagian iaitu dari sudut sivil dan juga syariah. Harta yang terkandung dibawah undang-undang syariah adalah seperti harta pusaka, wakaf dan sebagainya. Bukan itu sahaja, dari sudut Islam, terdapat peruntukan dan prosedur tersendiri untuk dilaksanakan dan dilalui untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku berkaitan harta ini.
Dari sudut pandangan sivil, satu interpretasi dan tafsiran [1] di mana dengan lebih jelas lagi menerangkan berkaitan permasalahan yang timbul serta penggunaan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini amatlah penting dan dikaitkan dengan kebebasan asasi.
Menurut Perkara 13[2]:
Fasal 1: Tiada seorang pon boleh dilucutkan hartanya kecuali undang-undang
Apa yang dapat ditafsirkan melalui peruntukan di atas ialah harta seseorang boleh dilucutkan hak miliknya melalui sesuatu undang-undang yang ada pada masa itu.


Fasal 2: Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memandai. Hal ini membawa maksud bahawa harta seseorang itu boleh diambil dengan pampasan yang memandai.
Kesimpulannya, peruntukan ini dengan jelas menunjukkan bahawa harta seseorang boleh diambil atas dasar undang-undang dan melalui bayaran pampasan. Apa yang jelas di sini ialah tiada kebebasan harta mutlak yang diberikan kepada seseorang itu kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri meletakkan pengecualian kepada kebebasan hak terhadap harta individu.
Justeru, tidak hairanlah begitu banyak Akta yang diwujudkan sesuai dengan Perkara 13 antaranya ialah Akta Pengambilan Tanah 1960 yang jelas membenarkan pengambilan tanah individu dengan alasan untuk pembangunan ekonomi oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Berdasarkan Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960 menyatakan bahawa tanah boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) jika ia dikehendaki untuk tiga tujuan:
(a) untuk sesuatu kemudahan awam;
(b) oleh mana-mana orang atau badan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat PBN adalah berfaedah untuk pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang ramai amnya atau mana-mana kelas orang ramai; atau
(c) untuk tujuan perlombongan atau kediaman, pertanian, perdagangan, industri atau tujuan rekreasi ataupun kombinasi daripada tujuan-tujuan tersebut.
Asalnya seksyen 3(b) APT menyatakan bahawa PBN mempunyai kuasa untuk mengambil tanah seseorang dengan tujuan untuk menjalankan kerja yang pada pendapat PBN untuk kemudahan awam, pembangunan ekonomi, perlombongan atau kediaman, pertanian,perdagangan, industri atau rekreasi. Kemudahan dalam konteks ini membawa maksud seperti sekolah, masjid, hospital dan sebagainya.
Untuk pemahaman yang lebih jelas dapat dilihat berdasarkan kes Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) v Pentadbir Tanah Daerah Seremban & Anor di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:
Adalah jelas bahawa PBN boleh mengambil tanah bagi dirinya sendiri untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di bawah seksyen 3(a) dan (c) dan boleh mengambil tanah bagi pihak yang lain di bawah seksyen 3(b). Sebelum pindaan dibuat dalam tahun 1991, PBN hanya boleh mengambil tanah untuk seseorang atau sesebuah perbadanan yang menjalankan suatu kerja yang dalam pendapat mereka adalah untuk kemudahan awam di bawah seksyen 3 (b). Walau bagaimanapun, dari 13 September 1991, PBN boleh mengambil tanah untuk seseorang atau sesebuah perbadanan bagi apa-apa tujuan yang dalam pendapat mereka adalah bermanfaat terhadap pembangunan ekonomi Malaysia atau apa-apa bahagian daripadanya atau kepada orang awam secara am, ataupun apa-apa kelas orang awam.
Melalui kes ini jelaslah bahawa tiada istilah penguasaan mutlak kepada individu terhadap tanah mereka kerana hak mereka boleh diambil dalam erti kata pembangunan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Perkara ini dengan jelas menidakkan hak terhadap harta individu.
Sumber: Wikipedia Hak terhadap harta


Perselisihan keluarga punca rumah di kawasan tapak tanah pusaka diruntuh.


KEADAAN belakang rumah yang dirobohkan di Kampung Selinsing, Pasir Puteh, pagi kelmarin

PASIR PUTEH: Konflik keluarga menyebabkan seorang lelaki mengambil tindakan merobohkan sebahagian rumah adik perempuannya menggunakan jengkaut bagi mengosongkan kawasan terbabit kerana dibina dalam lot tanah miliknya di Kampung Selinsing, dekat sini, pagi kelmarin.Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, menyebabkan suri rumah berusia 40-an bersama lima daripada enam anaknya yang sedang tidur, hanya mampu menangis ketakutan melihat bahagian belakang rumah yang didiami keluarga mereka sejak 20 tahun itu dirobohkan secara tiba-tiba.
Ketika kejadian, suami mangsa yang bertugas di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mempunyai urusan kerja di Sabah, manakala seorang anak lagi tiada di rumah.

Usaha lelaki terbabit tinggal berjiran dengan adiknya itu, meroboh bahagian rumah berkenaan dibantu kira-kira 20 rakan yang mengawal keadaan, menyebabkan penduduk kampung yang bersimpati dengan keluarga mangsa, hanya mampu memerhati dari jauh.

Mangsa yang enggan namanya dikenali berkata, kejadian berlaku ketika beliau menyediakan sarapan, manakala lima anaknya berusia antara empat hingga 15 tahun sedang tidur.

“Secara tiba-tiba, pemandu jengkaut sambil diawasi beberapa lelaki bertindak merobohkan sebahagian rumah saya yang terletak atas lot milik abang sehingga saya takut keadaan keselamatan diri dan anak. 

“Saya bergegas mengejutkan semua anak keluar menyelamatkan diri kerana bimbang rumah roboh akibat tindakan itu dan kami hanya mampu menangis ketakutan,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Kejadian itu menyebabkan keluarga berkenaan kini terpaksa tinggal menumpang di rumah ibu saudara mereka di kampung terbabit. 

Suri rumah itu berkata, beliau dan suaminya sudah menjangka rumah mereka akan dirobohkan kerana kedudukan sebahagian binaannya terletak atas lot milik abangnya tetapi tidak menyangka tindakan itu dilakukan kelmarin.

“Saya terkejut kerana tindakan abang dilakukan ketika suami tiada di rumah, malah kami sedih dengan dugaan yang terpaksa ditempuh menjelang Ramadan,” katanya.

Suri rumah itu berkata, walaupun sebahagian rumahnya dibina atas kawasan lot tanah milik abangnya, tetapi perjanjian lisan sebelum ini tidak menimbulkan masalah.

Katanya, kawasan tapak rumah itu asalnya tanah pusaka milik arwah ibu bapa mereka dan rumah didiaminya dibina ketika bapanya masih hidup.

Beliau berkata, disebabkan perselisihan keluarga, abangnya bertindak membawa isu lot tapak rumah itu ke mahkamah dan keputusan berpihak kepada abangnya.

“Kami sudah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tetapi abang mendakwa mempunyai notis supaya tanah miliknya dikosongkan.

“Saya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh. Sebenarnya, tanah ini terbahagi dua iaitu bahagian depan milik saya dan bahagian dapur pula milik abang seperti diputuskan mahkamah dan saya kini berserah kepada Allah,” katanya. 


Berita di atas telah melanggar hak kebebasan memiliki harta. Dalam berita ini, kita boleh mendapati bahawa abang mangsa merupakan seorang yang tamak terhadap harta dan ingin merebut harta daripada adiknya sehingga sanggup merobohkan rumah adiknya untuk merebut harta. Abang mangsa mengambil tindakan merobohkan sebahgaian rumah adik perempuan dengan menggunakan jenkaut bagi mengosongkan kawasan tersebut.

Kata mangsa, kawasan tapak rumah itu asalnya tanah pusaka milik arwah ibu bapa mereka dan rumah didiaminya dibina ketika bapanya masih hidup.

Mangsa juga berkata, disebabkan perselisihan keluarga, abangnya bertindak membawa isu lot tapak rumah itu ke mahkamah dan keputusan berpihak kepada abangnya.“Kami sudah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tetapi abang mendakwa mempunyai notis supaya tanah miliknya dikosongkan. Disebabkan pertelingkahan dan perselisihan keluarga, abangnya bertindak secara tegas untuk merobohkan rumahnya untuk mendapat apa yang dia mahu.

Dalam ini, kita mendapati bahawa abang mangsa telah melanggar hak kebebasan harta kerana setiap orang awam mempunyai hak untuk memperolehi harta secara damai tanpa sebarang kekerasan. Sekiranya berlaku sebarang perebutan terhadap harta antara ahli keluarga, haruslah membawa kes tersebut kepada mahkamah untuk mendapatkan keadilan pembahagian harta. Tidak seharusnya menggunakan tindakan sendiri dalam pembahagian harta. Sebarang kes yang berkaitan pembahagian harta harus dibawa kepada mahkamah, supaya hak kebebasan memperolehi harta oleh setiap orang awam dapat dilindungi tanpa berat sebelah, di samping setiap orang awam boleh memperolehi harta mereka secara adil

Kesimpulannya, setiap lapisan masyarakat mempunyai hak yang sama iaitu hak kebebasan memperolehi harta. Harta seseorang tidak boleh direbut dan dirampas oleh sesiapa kecuali sekiranya seseorang itu melanggar undang-undang, makanya hartanya akan dirampas oleh pihak kerajaan.


3 条评论:

  1. saya setuju dengan maklumat yang dinyatakan di atas

    回复删除
  2. saya amat setuju perkara di atas

    回复删除
  3. Private property rights should be taken care of properly. Good!

    回复删除