HAK ORANG KURANG UPAYA
Everyone has the same rights, same treatments.
Sejak akhir-akhir ini, isu berkaitan orang kurang upaya (OKU) telah menjadi perhatian masyarakat. Kisah kanak-kanak OKU diabaikan telah menjadi viral dan perdebatan hangat di media massa dan siber. Di samping itu, persepsi negatif masyarakat juga telah menyumbang kepada diskriminasi terhadap OKU dari pelbagai aspek termasuk pendidikan, pekerjaan dan kualiti hidup. OKU mempunyai hak untuk hidup sebagaimana insan normal yang lain termasuk perlindungan ketika dalam situasi berisiko dan kecemasan.
Salah satu elemen terpenting dalam melindungi kebajikan dan hak-hak OKU ialah melalui mekanisme perundangan. Kerajaan telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Hak-Hak Orang Kurang Upaya sebagai salah satu usaha memperkasa dan melindungi kelompok minoriti ini. Oleh sebab itu, kerajaan telah mengambil inisiatif menggubal Akta Orang Kurang Upaya 2008 sebagai salah satu komitmen kerajaan dalam mematuhi konvensyen hak asasi antarabangsa selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara.
Artikel ini akan menganalisis peruntukan undang-undang di Malaysia berkaitan OKU dan hak untuk hidup menerusi Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan undang-undang yang relevan. Ini menunjukkan sebagai negara ahli, Malaysia telah menerima pakai undang-undang dan triti antarabangsa berkaitan hak asasi manusia sekiranya tidak bertentangan dengan norma-norma dan nila-nilai tempatan.
___________________________________________________
___________________________________________________________
Untuk menjaga hak dan kebajikan golongan kurang upaya, pihak kerajaan telah melaksanakan Akta Orang kurang upaya yang telah dicatatkan dalam perlembagaan Malaysia.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 685 AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
[7 Julai 2008; P.U. (B) 268/2008]
- MENGIKTIRAF Bahawa ketidakupayaan merupakan suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bahawa ketidakupayaan terhasil daripada interaksi antara orang kurang upaya dengan halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat atas asas kesetaraan dengan orang upaya
- MENGIKTIRAF sumbangan sedia ada dan berpotensi yang bernilai yang dibuat oleh orang kurang upaya kepada kesejahteraan dan kepelbagaian komuniti dan masyarakat keseluruhannya
- MENGIKTIRAF kepentingan kebolehaksesan kepada persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan kebudayaan, kepada kesihatan dan pendidikan serta kepada maklumat dan komunikasi, bagi membolehkan penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat.
- MENGIKTIRAF bahawa orang kurang upaya adalah berhak kepada peluang dan perlindungan, serta bantuan sama rata dalam segala hal keadaan dan tertakluk hanya kepada apa-apa batasan, sekatan dan perlindungan hak sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
- MENGIKTIRAF kepentingan kerjasama antara Kerajaan dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 685 penyertaan dan penglibatan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat.
MENGAPA GOLONGAN KURANG UPAYA PERLU DILINDUNGI
Kehilangan upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Penggunaan ini dikaitkan dengan model ketakupayaan perubatan, dan bukan model ketakupayan sosial atau hak asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Mereka yang mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa. Sebagai seorang manusia yang sempurna dari segi mental dan fizikal, kita harus mengambil tindakan untuk melindungi golongan yang kurang upaya.Sikap yang patut ditunjukkan oleh ahli masyarakat terhadap golongan orang kurang berupaya iaitu memberi layanan yang sama rata kepada orang kurang upaya serta tidak menghina atau memandang rendah terhadap mereka. Tambahan pula, Sebagai salah seorang ahli masyarakat harus membantu golongan orang kurang upaya mendapatkan pekerjaan serta menyediakan kemudahan yang istimewaan kepada mereka supaya mereka tidak berasa disisih oleh masyarakat. Peluang-peluang juga perlu diberi oleh kerajaan kepada golongan OKU dengan memberi peluang kepada golongan kurang upaya ( OKU ) mengikuti kursus kemahiran dan peluang untuk berkhidmat sebagai kakitangan awam supaya membolehkan golongan tersebut dapat menanggung kos sara hidup mereka tanpa hanya bergantung kepada Organisasi Kebajikan sahaja. Tambahan pula, pihak kerajaan haruslah berganding bahu dengan setiap lapisan masyarakat dengan menjaga kebajikan golongan kurang upaysa bersama seperti menjaga kebajikan kemudahan mereka, menyediakan kemudahan untuk mereka seperti tdempat letak kereta, dan meneriam mereka sebahagian daripada pekerja yang boleh menyumbang sumbangan kepada keluarga dan negara. Tujuan kebajikan golongan orang kurang upaya perlu dijaga supaya mereka boleh meneruskan kehidupan mereka seperti manusia normal dan mereka boleh mendapati hak dan layanan yang adil dan saksama seperti orang normal.
HAK-HAK ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Akta orang kurang upaya 2008 mengiktiraf hak-hak OKU supaya menikmati faedah pendidikan,pengankutan awam,pekerjaan dan penjagaan kesihatan. Contohnya terdapat undang-undang kecil untuk mewajibkan bangunan baru menyediakan akses bagi orng kurang upaya seperti di bangunan kerajaan dan tempat awam.
Persatuan akaun bertauliah (ACCA) juga mengariskan beberapa peraturan dan panduan sedia ada yang menjamin hak dan kebajikan OKU, antara peraturanya ialah
☆ Akta Jualan Cukai 1972
Kerajaan telah memberi pengecualian cukai jualan keatas peralatan sokongan,yang diklasifikasikan sebagai peralatan, perubatan atau pendidikan. Melalui pengecualian cukai jualan ini peralatan yang mereka perlukan lebih murah dan senang diperolehi.
☆Akta Harta Pusaka (Peruntukan keluarga 1971) - Akta ini bertujuan melindungi hak kanak-kanak kurang upaya seandainya ibubapa mereka meninggal dunia. Akta ini juga, menjelaskan bahawa simati tidak menyediakan biayaan penjagaan yang mencukupi untuk mereka yang bergantung kepada ibubapa ini,mereka ada hak untuk memohon supaya peruntukan itu dibahagikan berlainan daripada apa yang ternyata dalam wasiat.
☆Dibawah akta, isteri mempunyai hak untuk menuntut biaya penjagaan daripada suami sebelum perbicaraan penceraian di makamah diadakan. Jika simati mengalami ketidakupayaan daripada segi mental atau fizikal, mahkamah akan juga mempertimbangkan keadaanya apabila mengeluarkan perintah penjagaan. Jika si ayah gagal menyediakan biaya perbelanjaan untuk kanak-kanak kurang upaya, mereka akan membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah memaksa si ayah membayar elaun bualanan mereka.
☆ Pendidikan
Mereka diberi pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian dibawah kelolaan kementerian pelajaran. Mereka juga menerima ealun sebanyak RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dibawah jabatan pendidikan khas.
☆Pengecualian Cukai Jualan
(JPJ) juga menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan bagi orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta,van dan motosikal buatan tempatan mulai tahun 2004.
☆Kemudahan Golongan OKU yang disediakan
Keretapi Tanah Melayu Berhad,(KTMB) dan Malaysia Airlines Sdn. Bhd.(MAS) juga menyediakan 50% diskaun tiket bagi setiap perjalanan .
Antara kemudahan yang disediakan :
# TEMPAT LETAK KERETA UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA
#SEORANG PEMANDU BUS SEDANG MELETAKKAN TANGGAN YANG KEISTIMEWAAN UNTUK MEMUDAHKAN PENGGUNA YANG KURANG UPAYA.
#KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT KTM UNTUK PELUMPANG YANG KURANG UPAYA.
# ATM yang keistimewaan disediakan untuk golongan yang kurang upaya untuk memudahkan mereka mengeluarkan wang mereka.
# TANDAS ORANG KURANG UPAYA DISEDIAKAN UNTUK MEMUDAHKAN GOLONGAN TERSEBUT MENGGUNAKAN TANDAS UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN BERLAKU.
support support
回复删除Do not discrimination to OKU
回复删除Good! Enlighten the world about how disabled people live!
回复删除